Friday 5 August 2011

CiNtA iLaHi yG uTaMa

Manusia itu..dikelilingi dengan pelbagai rasa..
hari-hari yang dilalui tak semestinya sentiasa cerah..
akan ada mendung..akan ada gelapnya..
hari ini kita gembira..bahagia..namun..belum tentu hari esok masih sama..
itulah yang dinamakan roda kehidupan..
semua rasa akan datang pada kita..
yang mebezakannya adalah waktu..tempat..dan keadaan kita untuk menerimanya..

Sangat menyedihkan..kita kini sering lupa pada Dia ketika kita senang..
berada jauh dengan Dia apabila kita gembira..
dan sebaliknya..apabila berada dalam kesempitan..sedih..buntu..bermasalah..
hati kita sangat dekat denganNYA..
bahkan sangat rapuh dihadapanNYA...

Kenapa begitu..?? Dia sentiasa ada dengan kita...
malah tak pernah lepas pandanganNYA pada kita hatta sesaat...kita pula..??
sentiasa berpaling dari terus mengingatiNYA..kenapa..??...Allah..Allah...

Ini hanyalah sedetik rasa hati yang datang dari hati ketika berfikir melihat manusia dan diri sendiri hari ini...

No comments:

Post a Comment